Tuesday, 19 November 2013

Assalamualikum....
                Munculnya daku pada hari dan waktu ini adalah untuk berkongsi RESIPI AYAM MASAK PAPRIK....

Sure punye sedap....cubelah ye....




Bahan-bahan ( 4-5 orang )
 isi ayam -ikut suka byk mne pun,agak2 la...(direbus)
1/2 inchi halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto

Cara-cara
Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.

Kemudian tumis halia, bawang merah,serai sehingga garing; berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam , ajinomoto secukup2 rasa.

Masukkan pula isi ayam yang telah direbus ; juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)

Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.



dan siap! nyummmmmm..nom.nom.nom.yummy!!
selamat mencuba..pahtu korang komen n share la korang punya paprik..hehe...


p/s:belajar masak bkn hanya tuk yg dah kawin or nak kawin...ape salahnya belajar masak sekarang tuk mak ayh..bg diorg rsa bertuah ade ank pndai masak n mak dah xyah msak sbb leh mkn msakan ank sendiri... :D

No comments:

Post a Comment