Friday, 22 November 2013

Tokoh Islam : Syeikh Ahmad Deedat

 



     Ahmad Deedat dilahirkan di Surat,India pada tahun 1918 M.Ketika dilahirkan, ayahnya HOOSEN, seorang tukang jahit telah pun berhijrah ke Afrika Selatan. Maka dengan sebab itu, Ahmad Deedat tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang ayahnya. Ahmad Deedat sejak kecilnya hidup dalam suasana kegawatan, keperitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain.

      Negara yang dipilihnya itu adalah negara yang telah dijejaki oleh ayahnya, Afrika Selatan. Beliau meninggalkan tanah airnya, India bersama tangisan ibunya pada tahun 1927.Selang beberapa lama kemudian, beliau dilanda kejutan emosi akibat perkhabaran ibunya telah kembali ke RAHMATULLAH. Di Afrika Selatan, Ahmad Deedat telah berjaya menemui ayahnya yang terpisah sejak dilahirkan.

      Ketika berada di bumi asing ini, beliau telah memulakan episod baru dalam hidupnya. Semasa berumur 9 tahun,beliau telah memulakan pengajianya secara formal di sebuah sekolah Inggeris. Berkat ketekunan serta ketabahannya, beliau telah fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dalam tempoh yang sangat singkat malah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Namun, Akibat kesempitan dan kekurangan wang yang berlaku pada dirinya sewaktu berusia 16 tahun, beliau terpaksa berhenti dari persekolahannya lalu menampung kesempitan tersebut dengan bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit.

      Tahun  1936 merupakan detik sejarah yang besar buat dirinya di mana bermula di situlah kisah hidupnya sebagai seorang pendakwah Islam yang termasyur di seluruh dunia.Pada waktu itu,beliau bekerja di sebuah gedung membeli-belah milik seorang peniaga Islam. Gedung tersebut pula bersebelahan dengan pusat penyebaran dakyah Kristian yang terkenal sebagai pusat misionari Kristian dengan nama Natal South Coast. Setiap waktu sepanjang menjalankan tugas di gedung tersebut, beliau kerap menerima tetamu misionaris yang ingin benar cuba mempengaruhinya supaya memeluk Kristian disamping mencela agama yang dianutinya 
iaitu ISLAM...

     Dengan keteguhan iman  yang tersemat di dadanya di samping hidayah ALLAH s.w.t yang diturunkan, muncul di lubuk hatinya satu cetusan dan semangat berkobar-kobar untuk menghalang kegiatan dan propaganda kristian yang palsu ini.Guru pertama beliau banyak memberi maklumat dan panduan dalam menghadapi serangan dakyah Kristian ini adalah sebuah kitab dalam bahasa Urdu yang terkenal dengan terjemahan Arabnya dengan nama Izhaarul haq.

    Kitab tersebut telah dikarang oleh seorang ulama India yang bernama Rahmatullah al-Hindi yang digunakan untuk mempertahankan Islam dari serangan Kristianisasi yang berleluasa ketika itu semasa penjajahan British di India. Ahmad Deedat juga telah mengkaji kandungan kitab Bible sebagai maklumat untuk menghentam kembali kepalsuan yang terdapat dalam agama Kristian. 

     Hasilnya, Ahmad Deedat telah berjaya melawan tetamu misionaris tersebut malah dapat mematahkan hujah mereka satu persatu ketika mereka mengemukakan celaan terhadap Islam. Beliau juga telah menyusun banyak perdebatan dengan paderi-paderi yang tinggal di daerahnya di mana kesemua debat tersebut telah dimenangi oleh Ahmad Deedat sendiri bahkan menjadikan Ahmad Deedat sebagai guru mereka. Kejayaan yang beliau peroleh ini menyebabkan beliau terkenal sebagai seorang pendakwah dan pembela Islam.

      Saban hari, kedengaran gerakan Kristianisasi dan misionaris Kristian makin berkembang dengan pesatnya di kebanyakan negara Islam, menyebabkan tekad dan semangatnya semakin menyala-nyala untuk menyekatnya. Ketika beliau berumur 30 tahun ke atas, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya, penubuhan As-Salam,mengadakan kelas pengajian Bible di samping kerap menyampaikan syarahan di merata dunia.Beliau juga merupakan ahli dan menjawat jawatan Presiden pertubuhan Pusat Propagasi Sedunia (IPCI) yang berpusat di London dan Dubai.

     Ahmad Deedat juga kerap kali dijemput oleh institusi gereja di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Britain ,Sweden dan beberapa negara Eropah yang lain untuk perdebatan mencari kebenaran antara Islam dan Kristian. Kemenangan acap kali berpihak kepada beliau. Berkat kebijaksanaan dan ketabahan beliau, ramai penganut Kristian mula curiga dengan agama yang mereka anuti selama ini.Tidak kurang juga yang kembali kepada Islam. Seorang paderi terulung Amerika yang bernama Murrock Jemmi Sogart, ketika tertewas di dalam siri perdebetan dengan Ahmad Deedat akhirnya mengakui kepalsuan agama Kristian lantas melafazkan kalimah syahadah, Allahu Akhbar!

      Pada tahun 1986, Ahmad Deedat telah dianugerahi Anugerah Antarabangsa Raja Faisal Arab Saudi sebagai tanda menghargai jasa beliau dalam memartabatkan Islam dan membelanya dari serangan Kristianisasi. Ahmad Deedat mempunyai lebih 20 karangan mengenai siri pemurnian Islam dan pembelaannya yeng telah tersebar di seluruh dunia.Antara karangan beliau yang terkenal ialah :

  • Combat Kit (tentera yang bersiap sedia)
  • Christ in Islam (Nabi Isa dalam Islam)
  • Al-Quran, The Miracles of Miracles (Al-Quran, keajaiban dari segala keajaiban)
  • Cruxifixion or Cruci-Fixtion? (Penyaliban, Rekaan atau Benar?)
  • Is the Bible God's Word? (Adakah Bible Kalam Tuhan?)
  • What The Bible Says about Muhammad PBUH.? (Apakah yang diungkapkan Bible tentang Nabi Muhammad s.a.w?)
    Pada 1996 Deedat mengalami lumpuh seluruh badannya. Semenjak itu beliau sentiasa terlantar sakit di katil. Tapi beliau tidak berhenti sedetik pun dari berdakwah. Beliau melakukannya dengan menggunakan isyarat kedua-dua matanya. Dengan menggunakan isyarat tersebut, Syeikh meneruskan perbincangan dengan para pelawatnya dan orang-orang yang mendampinginya .Malah orang-orang yang berdialog dengan beliau menggunakan sejenis bahasa khas yang menyerupai sistem komputer. Syeikh akan menggerakkan kelopak matanya dengan cepat mengikut jadual abjad dan memilih huruf lalu menjadi perkataan lalu menjadi ayat dan ayat-ayat ini diterjemahkan pula oleh anak beliau Yusuf yang sentiasa berada di samping beliau. Anehnya,semasa sakit ini Syeikh berjaya menulis setiap hari hampir lima ratus pucuk surat dan beliau tidak berhenti berdakwah sehingga ajal datang menjemputnya di dalam keadaan sebagai seorang pejuang, pendakwah dan seorang yang sabar.


* Kita memohon agar ALLAH melapangkan syurga baginya dan semoga ALLAH menghimpunkan kita dan beliau bersama-sama para Andiya, Siddiqin, Syuhada dan para Solihin.

 



Tuesday, 19 November 2013

Assalamualikum....
                Munculnya daku pada hari dan waktu ini adalah untuk berkongsi RESIPI AYAM MASAK PAPRIK....

Sure punye sedap....cubelah ye....




Bahan-bahan ( 4-5 orang )
 isi ayam -ikut suka byk mne pun,agak2 la...(direbus)
1/2 inchi halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto

Cara-cara
Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.

Kemudian tumis halia, bawang merah,serai sehingga garing; berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam , ajinomoto secukup2 rasa.

Masukkan pula isi ayam yang telah direbus ; juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)

Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.



dan siap! nyummmmmm..nom.nom.nom.yummy!!
selamat mencuba..pahtu korang komen n share la korang punya paprik..hehe...


p/s:belajar masak bkn hanya tuk yg dah kawin or nak kawin...ape salahnya belajar masak sekarang tuk mak ayh..bg diorg rsa bertuah ade ank pndai masak n mak dah xyah msak sbb leh mkn msakan ank sendiri... :D

Wednesday, 29 May 2013

CrEaTiVe eNgInEeRiNg..





Assalamualaikum w.b.t...
Kangennye kat blog ni.....Dah lame tak tulis blog....bizi la....macam PM plak.....fikir hal negara.....
HUHuhu.....Sebenarnye tak de bende nak share.....
NAK TaHU Tak???

My sister tengah buat mashed potato....
Hurm....haruman dan aromanya sangat menggoda....nasib baik bley control lagi saliva liquid (air liur)..
hahaha..ni bukan name saintifik yang sebenar ye!! saye tak tahu the real scientific name coz im not a bio student....SAYA BUDAK TEKNO DAN SAYA BANGGA MENJADI BUDAK TEKNO....

Dan sebab saye budak tekno la, saye nak share several creative, interesting and awesome engineering...jom la tengok sebab although korang budak bio, mesti korang akan sangkut ang terjatuh cinta jugak dengan rekabentuk nye, warnanya,dan semuanye...
huhuhu...all this my dream VEHICLES....

BERSEDIALAH UNTUK MENJADI MILIKKU!! (berangan je lebih) =)